Lencana Keris Gangsa

(A)    Kesetiaan

  1. Menyanyi lagu kebangsaan “Negaraku” dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan.
  2. Mengenal Bendera Malaysia dan Bendera Negeri di mana kanak-kanak itu berada.
  3. Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia.
  4. Mengetahui nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-kanak kumpulannya.
  5. Mengetahui Agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya.

(B)   Kesihatan dan Keselamatan

  1. Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri.
  2. Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua pil atau gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenali.
  3. Mengetahui bahaya bermain benda-benda tajam.
  4. Mengetahui bahaya bermain dengan sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api.
  5. Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan; mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis, Balai Bomba dan Penyelamat, doktor dan rumah sakit, tempat kerja ibu bapa dan keluarga, rakan sebaya yang tinggal berhampiran.
  6. Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalanraya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain.

(C)    Kecekapan

  1. Mengetahui latihan asas kawad kaki.
  2. Mengetahui cara memanjat tali (tinggi tali tidak lebih 3 meter).
  3. Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti : perhentian bas, kereta api, teksi, Balai Bomba, hospital, Balai Polis, Pejabat Pos, dan lain-lain.
  4. Menunjukkan cara yang betul memakai dan menjaga pakaian seragam pengakapnya dan mengetahui peraturan memakai lencana-lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian, Lencana Malaysia, Lencana Wajib, nombor kumpulan, nama daerah dan negeri.
  5. Mengetahui segala isyarat pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat sulit pengakap seperti “ikut arah ini”, “jangan ikut arah ini”, “di sini ada air”, “tunggu di sini” dan “saya telah pulang”.
  6. Mengetahui cara mengikat Simpul Buku Sila.

(D)   Penyertaan

  1. Menjadi ahli perpustakaan sekolah /perpustakaan awam tempatan; menunjukkan Pengakap Kanak-kanak telah membaca sekurang-kurangnya TIGA (3) buah buku dan dapat menceritakan balik isi ceritanya kepada pemimpin pengakapnya.
  2. Membuat satu barang permainan rekaan sendiri daripada bahan terbuang.
  3. Menjalankan SATU daripada aktiviti berikut ; mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah ATAU membuka akaun simpanan.

(E)   Perkhidmatan

  1. Membantu ibubapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu dengan memuaskan (pengesahan dan perakuan ibu bapa dalam buku log).
  2. Membantu guru/kaki tangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah (pengesahan dan perakuan guru/kaki tangan sekolah dalam buku log).

__________________________________________________



Contoh MODUL yang telah dihasilkan

_________________________________________________


Selepas mendapat Lencana Keris Gangsa, PKK perlu mendapatkan 

LENCANA KEPANDAIAN - Kategori Kegemaran (DUA sahaja)

Lencana Pelukis
Lencana Penghibur
Lencana Peladang Kecil
Lencana Ahli Kraftangan
Lencana Pembaca Buku
Lencana Ahli Koleksi Hobi