Lencana Ekspedisi


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan ekspedisi seperti berbasikal, berperahu, berakit, mendaki gunung, berjalan kaki dan melengkapkan log ekspedisi seperti disyaratkan.

1.0 LATIHAN EKSPEDISI

Mengetahui keperluan peribadi dan patrol untuk ekspedisi dan menunjukkan kaedah membungkus dan membawa bekalan yang lengkap bagi pengembaraan yang beratnya tidak lebih daripada 15 kg. termasuk 10 kg. barang makanan. Pengakap hendaklah bersedia menyediakan dan menyusun keperluan peribadi di dalam beg sandang (haversack).

2.0 EKSPEDISI

    2.1. Mengambil bahagian yang penting dalam satu ekspedisi berpatrol (4 hingga 7                 orang) dengan berjalan kaki selama 4 hari 3 malam sejauh 80 km ATAU 150 km                 dengan melaksanakan tugasan. 

    2.2. Perjalanan hendaklah meliputi jalan raya, jalan desa, hutan berbukit bukau.

    2.3 Bermalam di satu lokasi, mendirikan khemah dan menyediakan makan malam                     dan sarapan secara 'backwoods' dan seumpamanya.

    2.4 Perjalanan meliputi pengembaraan malam tidak kurang dari 3 jam.

ATAU

    2.5 Berjalan kaki bersama patrol (4-7 orang) tidak kurang daripada 40 km dalam masa             24 jam terus menerus dengan melaksanakan tugasan.

    2.6 Perjalanan hendaklah meliputi pinggaran bandar, desa atau luar bandar.

    2.7 Masa rehat diberikan selama 2 jam bagi menyediakan makanan yang disediakan                 secara 'backwoods' atau seumpamanya. 

    2.8 Ekspedisi ini diakhiri dengan pengembaraan malam selama 10 jam.

ATAU

    2.9 Berakit, berkayak atau berdayung sejauh 50 km. selama 4 hari 3 malam di sungai                 atau di persisiran pantai.

ATAU 

    2.10 Mendaki gunung selama 3 hari 2 malam (mengikut keadaan tempatan) tidak kurang                 4500 kaki aras laut.

3.0 TUGASAN

    3.1 Menyediakan laporan bertulis Log Ekspedisi mengikut format yang disediakan oleh             Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri.

    3.2 Tugasan-tugasan tertentu yang berkaitan dengan perjalanan ekspedisi.

    3.3 Laporan perjalanan dan tugasan hendaklah disokong dengan gambar, rakaman                     atau video dan sebagainya.

    3.4 Log Ekspedisi hendaklah dihantar untuk disemak oleh Pemimpin Kumpulan tidak             lewat 10 hari selepas ekspedisi untuk kelayakan lencana.

INGATAN

1) Pengakap Remaja berkenaan mengetahui dan boleh menyediakan langkah-langkah keselamatan bagi jenis pengembaraan yang dipilih.

2) Penguji mestilah berpuas hati bahawa Pengakap Remaja berkenaan sihat tubuh badan dan fikiran untuk melakukan ekspedsi itu dan semua syarat keselamatan telah diambil.