Lencana Kepandaian (Kegemaran)

Pilih DUA SAHAJA

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya seperti mengumpul setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencana-lencana pengakap dan sebagainya.

Memungut dan mengumpulkan benda-benda sebagai hobinya dan menyimpan dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya. Koleksi hobinya itu hendaklah pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri (bukan dicadangkan oleh pemimpinnya).

Pilih SATU (1) HOBI seperti contoh di bawah :


1.    Lima belas (15) jenis setem Malaysia yang berbeza.

2.    Menghasilkan buku skrap berbagai tumbuhan / bungaa / haiwan / binatang / sejarah / sukan bangunan / buah-buahan dan lain-lain (pilih satu)

3.    Berbagai bentuk pensel dan logonya (sekurang-kurangnya 15 jenis). 

4.    Berbagai contoh batu batan (sekurang-kurangnya 15 jenis).

5.    Berbagai bentuk botol dan penutup botol (sekurang-kurangnya 15 jenis).

6.    Rupa mata wang asing sama ada kertas / syiling (sekurang-kurangnya 15 jenis).

7.     Rantai kunci (key chain) berbagai jenis (sekurang-kurangnya 15 jenis).

8. Lencana-lencana pengakap seperti lencana Perhimpunan, Korobori, Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-lain (sekurang-kurangnya 10 jenis).

9    Menyediakan sebuah buku (buku hobi) menyatakan perkembangan koleksi hobinya.

10. Lain-lain hobi yang sesuai.



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan kegemaran dalam membuat dan mereka bahan-bahan kraf seperti tikar anyaman, wogel, penanda buku, alat permainan, layang-layang dan sebagainya.

Pilih SATU (1) sahaja.

1.    Mengetahui asas kraf tradisional : anyaman kelarai mata bilis, kelarai siku keluang, (pelajaran anyaman ini boleh diubah, sesuaikan mengikut keadaan dengan alam persekitaran kanak-kanak sendiri). Tahu bagaimana membuat simpai (woogle) dari bahan yang ditentukan : kulit, buluh, kain sulaman, tali nylon, plastik dan lain-lain. Satu hendaklah dibuat untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada teman sebaya atau kepada adik yang baru.   

ATAU

2.    Mengetahui dann membuat penanda buku selain dari bahan logam (tin), membuatnya dari bahan kulit, kawat, plastik dan daun. Penanda buku ini hendaklah direka berbagai bentuk yang menarik dengan hiasan warna, mungkin ditulis dengan kata-kata hikmat. Membuat satu untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada rakan sebaya atau kepada seorang yang dikasihi.    

ATAU

3.    Membuat rekaan daripada kertas :
       a) Rekaan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat / beg / buku dan lain-lain.
       b) Rekaan binaan seperti topeng sarung kepala, keluarga “Mowgli”
       c) Rekaan alat permainan seperti buat kapal dari kertas / burung Ajaib (fantasi) dan lain-lain.



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam menjaga tenaman, memelihara haiwan ternakan, berkebun dengan kaedah-kaedah yang betul.


Pilih LIMA (5) sahaja daripada perkara-perkara berikut :

1.    Menunjuk cara menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas yang telah disediakan.

2.    Menyediakan batas yang berukuran 8 x 3 x 1 kaki untuk ditanam sayur-sayuran dari tapak semaian. Ambil kira cara membaja semasa penyediaan batas.

3.    Menunjuk cara menjaga tanaman dari jenis sayuran / kertan / rizom  yang telah ditanam  di atas batas dan ambil kira cara membaja semasa pokok sedang ditanam.

4.    Mengetahui dan menunjukkan kepada penilai bagaimana membuat junjung untuk tanaman sayur jenis pokok yang memanjat seprti pokok timun, kaacang Panjang dan lain-lain.

5.    Tunjukkan kepada pemimpin / penilai yang pengakap kanak-kanak ada menanam / menjaga pokok pisang, betik atau pokok buah-buahan yang bermusim sama ada yang ditanam sendiri atau oleh ibu / bapa / ahli keluarga.

6.    Menunjukkan kepada penilai / pemeriksa yang pengakap kanak-kanak ada menanam  pokok-pokok tanaman yang berubi di dalam tanah seperti ubi keledek, kacang tanah   dan sebagainya dengan subur.

7     a) memelihara / membela dengan jayanya sekurang-kurangnya 10 ekor anak ayam sebagai ternakan asas.   b) memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor ikan air tawar di kolam sama ada di sekolah atau di rumah dengan usahasama rakan sebaya dari kumpulan enam sekawan atau bersendirian.

8.    Menunjukkan bahawa pengakap kanak-kanak telah membantu dan membela haiwan ternakan.

9.    Tunjukkan Buku Log mengenai catatan ceramah yang pengakap kanak-kanak terima daripada Pegawai Pertanian atau Guru Sains Pertanian yang programnya telah diatur oleh pemimpin sendiri.

10.    Menunjukkan Buku Log mengenai ceraman yang diterima daripada Pegawai Haiwan atau Guru Sains Pertanian mengenai program yang telah diatur oleh pemimpin sendiri
        10.1 Pemeliharaan / Pembelaan baka ternakan yang hendak dipelihara.                                                                                                                          10.2 Pemeliharaan binatang belaan semasa kecil (anak-anak) seperti pemberian makanan dan pencegahan penyakit.

 



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya dengan melukis, kaedah mewarna yang betul, membina arca dan mempunyai koleksi lukisan yang menarik.

Pilih hanya EMPAT (4) sahaja.

1. Melukis di hadapan pemeriksa / penilai dengan apa jua bahan lukisan satu gambaran Marga dari Cerita Hutan “The Jungle Book” karangan Rudyard Kipling yang menjadi bahan penting penting dalam rancangan Latihan Pengakap Kanak-kanak. Buat SATU watak.

2. Melukis pelangi dengan warnanya serta menamakan tiap-tiap warna itu dan satu rajah menunjukkan pusingan warna (Colour Wheel).

3. Mengetahui warna yang dikatakan 'primary colours’ dan 'secondary colours' serta menunjukkan cara pengandunan warna cecair (Water Colour) yang menjadikan warna hijau, biru, oren, biji kundang, biru tua, hijau tua dll.

4. Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan satu gambaran dari satu peristiwa yang telah berlaku atau satu watak dalam sebuah cerita pendek yang diceritakan oleh Pemeriksa / Penilai. Lukisan itu dibuat di atas sekeping kertas berukuran 25 cm x 30 cm.

5. Membuat Kad Ucapan ciptaan Pengakap Kanak-kanak sendiri yang menggambarkan satu daripada lima perayaan ; Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Hari Krismas dan Hari Wesak. 

6. Pilih SATU kegiatan di bawah ini :

        6.1. Membuat sebarang rekaan corak dari bahan terbuang sama ada cetakan, mozek, ubin tanah liat, mural, hiasan dinding, kolaj yang motifnya berdasarkan tulisan huruf dan angka, corak tradisi, corak bebas, geometri dan rekaan manusia.

        6.2. Membentuk dan membuat binaan (dari bahan terbuang) seperti bentuk tiga dimensi, arca, asemblaj, topeng dan anyaman asas yang motifnya berdasarkan alat permainan, bentuk lembaga, bangunan, bentuk berdasarkan cerita dongeng, sejarah, fantasi dan haiwan.

        6.3. Memperkenalkan kraf tradisional dari bahan yang Pengakap Kanak-kanak sediakan sendiri seperti lukisan, ukiran, garisan dan tekanan yang motifnya berdasarkan yang terdapat dalam dalam seni anyaman dan seni tembikar.

7.    Menunjukkan kepada pemeriksa / penilai, Buku Lukisan itu mesti mengandungi sekurang-kurangnya 20 tajuk lukisan dari pelbagai jenis.



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan mereka dalam membaca dengan cekap pelbagai jenis buku seperti buku sastera kanak-kanak, kamus, ensaiklopedia dan menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah atau Tempatan.
 
Pilih EMPAT (4) sahaja.
 

1.   Menyediakan daftar sekurang-kurang 8 buah buku yang telah dibaca serta faham melalui bahan sastera berikut :

        a)     Prosa tradisional seperti hikayat hasil sastera dan sejarah.
        b)     Prosa moden seperti petikan daripada buku-buku pengetahuan sains, sejarah, geografi, ekonomi dan sebagainya. Novel, cerpen, drama, pengumuman, pengisytiharan, akhbar, majalah, iklan dan rencana.
        c)      Puisi tradisional seperti pantun, seloka, gurindam, syair, dan bahasa berirama 
               (klasik).
        d)     Puisi moden seperti sajak dan bahasa berirama moden.
        e)     Prosa dan Puisi Bahasa Malaysia / Inggeris / Bahasa Ibunda.

2.    Boleh membaca dengan cekap dengan menepati tanda-tanda bacaan. Melafazkan perkataan dengan menggunakan intonasi sewajarnya dan membuat bacaan, difahami serta berkesan.

3.    Membuat kritikan atas isi petikan bacaan mengikut kemampuan umur dan boleh membuat telahan.

4.    Boleh menterjemah petikan yang penting daripada bacaanya secara lisan atau bertulis dengan meringkaskan perkataan yang panjangnya kira-kira 150 perkataan.

5.    Menghuraikan maksud petikan, ungkapan, kata-kata dan peribahasa.

6.    Mengetahui menggunakan kamus, ensaiklopedia dan membuat kamus sendiri dan kata-kata baru yang dipelajari.

7.    Menjadi ahli perpustakaan sekolah / tempatan serta turut memberi khidmat sukarela seperti memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan perpustakaan dan mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara.   



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik, menari dan menjadi Juruacara Persembahan.

Pilih LIMA (5) sahaja.

1 . Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik berikut :

        a) Lagu kanak-kanak, jenaka, asli dan patriotik.
        b) Lagu Tradisi Masyarakat : Lagu setempat seperti ”Rasa Sayang” atau lagu asing seperti ”Red River Valley” dan sebagainya.
        c) Lagu Tarian Asli.
        d) Lagu Pengakap.

2. Boleh menyanyi dua buah lagu : Satu patriotik dan lagi satu lagu.

3. Mengajar dua buah lagu atau SATU tarian kepada sekawan Pengakap Kanak-kanak.

4. Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional atau taridra.

5. Mengetahui menggunakan alat perakam dan radio kaset.

6. Boleh bertindak sebagai Juruacara persembahan atau pertunjukan.

7. Boleh memainkan sekurang-kurang dua jenis alat muzik Genderang seperti kerincing, kastenet, simbal, kayu tok-tok, tamborin, dram samping, dram tenor, melodian, loceng rekorder dan serunai.