Pilih DUA SAHAJA
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang kesukanan dan olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara seperti berlari, melompat tinggi, melontar peluru dan sebagainya.
1. Mengetahui apakah MSSD / MSSM / SUKMA dan Majlis Sukan Negeri serta menerangkan secara ringkas mengapa majlis-majlis diadakan dan bagaimana Pengakap Kanak-Kanak boleh membantu, khasnya bagi peringkat Sekolah Rendah.
2. Mengetahui jenis makanan vang membina kesihatan untuk bersukan.
3. Mengambil bahagian dengan tiga percubaan bagi acara sukan:
Lari 100 meter 20 saat
Lari 200 meter 50 saat
Lompat tinggi 0.8 meter
Lontar peluru 6 paun 5 meter
Catatan: Wakil sekolah ke peringkat daerah boleh dianugerah lencana ini.
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak dalam sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan bidang pasukan permainan seperti bola sepak. bola tampar, Sepak takraw, pingpong dan sebagainya dan mewakili pasukan di peringkat sekolah, daerah atau negeri.
1. Mengetahui undang-undang dan peraturan mengenai SATU jenis permainan berikut : bola sepak, bola tampar, badminton, rounders, hoki, sepak takraw, ping-pong, bola baling dan bola jaring.
2. Membuktikan yang Pengakap Kanak-kanak itu boleh bermain sekurang-kurang dua (2) permainan pasukan.
3. Menunjukan yang ia terlibat sebagai pemain dalam peringkat rumah sukan, sekolah, daerah / negerinya.
4. Menunjukkan yang ia bermain dengan jujur dan mencontohkan semangat kesukanan dalam pasukan permainanya.
5. Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alat permainan pasukannya setelah digunakan.
6. Mengetahui cara membersihkan badan setelah bermain.
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu sains seperti membuat ujikaji, membuat kamera lubang halus, menyambung litar; elektro magnet dan sebagainya.
Plih EMPAT (4) sahaja.
1. Menunjukkan satu eksperimen bahawa api yang menyala itu memerlukan udara.
2. Membuat pelangi tiruan dengan memecahkan cahaya yang mengandungi spektra
3. Menunjukkan bagaimana menyambungkan litar elektrik dengan bateri dan menghubungkan litar itu ke bateri dan bagaimana mengawal aliran eiektrik dengan menggunakan suis dan bagaimana menggunakan lampu isyarat.
4. Membuat kamera lubang halus dan menyatakan sebab yang menjadikan bayang gambar atau area yang dilihat pada layar kamera itu menjadi terbalik.
5. Membuat teropong intip yang mudah dengan menggunakan dua keping cermin
6. Membuat elektro - magnet yang mempengaruhi kemagnetan pada sekeping besi dan menerangkan apa akan terjadi pada besi jika arus elektrik tidak mempengaruhi kegunaannya lagi.
7. Membuat arus elektik yang mudah didapati dari bateri.
8. Membuat teropong besar atau teropong pembesar yang menggunakan dua keping cermin kanta lensa.
9. Menunjukkan bagaimana berlaku tekanan udara dan air.
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam menjaga dan mencintai alam semulajadi seperti membersihkan kawasan sungai, mengutip sampah di tepi pantai dan sebagainya.
Pilih TIGA (3) sahaja.
1. Menyimpan catatan harian berkekalan dengan kejadian harian selama tidak kurang dari empat bulan mengenai satu daripada perkara di bawah ini :
i. Tumbuh-tumbuhan
ii. Kehidupan burung
iii. Kehidupan di tepi pantai, perigi, kolam dan kehidupan dalam sungai.
iv. Pelbagai jenis batu fosil dan batu lontar.
v. Kupu-kupu, rama-rama, gegat dan lain serangga
vi. Kawan dan musuh pokok tanaman di kebun
vii. Pokok pakis rumput-rampai lain-lain.
viii. Memelihara binatang belaan dan ternakan sekurang-kurang 3 bulan dan menyimpan catatan mengenainya. Pengakap Капак-kanak boleh membicarakan perhatianya seperti kegemaran dan makanan binatang tersebut.
ix. Mengambil bahagian dalam satu projek di bawah bersama Pengakap Muda atau bersama sekawan sendiri (Pilih SATU (1) sahaja):
Membersihkan tempat perkelahan, tepi jalan, pantai, tepian tasik
ATAU
1. Menanam pokok bersama Pengakap Muda. Pokok hiasan atau pokok rimbun di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolahnya.
ATAU
1. Membersihkan kawasan rumah dan halaman / kebun di belakang rumah dan sekolah.
2. Membuat carta cuaca di dalam Buku Log selama 1 bulan dan dapat menerangkan bagaimana dengan keadan tumbuhan dan alam sekitar teribat dengan cuaca.
3. Membuat Buku Skrap mengenai Pencemaran Alam Sekitar.
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan menggunakan kompas.
Pilih TIGA (3) sahaja.
1. Melukis Mata angin 8 pecahan dan menunjukkan arah kedudukan mata angin itu dengan berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam.
ATAU
1. Melukis mata angin 16 pecahan yang menunjukan mata angin utama yang terdapat dalam sebuah kompas. Mengetahui arah mata angin yang 16 itu dengan berpandukan arah utara.
2. Melukis petunjuk dengan menggunakan simbol dan warna pada sebuah peta,
Jalan raya, jambatan, Jalan keretapi, Bangunan (kediaman, masid, gereja, tokong, kuil), Sungai dan tali air, Tumbuhan (getah, nanas, kelapa, padi, kelapa sawit dan hutan).
3. Melukis sebuah peta kasar sekitar tempat kamu tinggal, tandakan petunjuk seperti bangunan, tanaman sungai dan lain-lain.
4. Mencari sudut bearing : Melukis dengan menggunakan alat geometri : sudut 075°, 025°, 120°, dan 245° dan lain-lain.
5. Berjalan kaki sejauh 5 kilometer bersama sekawan di kawasan persekitaran: sekembalinya memberi laporan atas perkara yang ditetapkan (seperti mendapatkan maklumat dari satu tempat yang ditetapkan) dan membuat lakaran berkenaan.
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam memelihara, menjaga dan mencintai alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi, kawasan sekolah dan mengamalkan kaedah kitar semula.
Pilih TIGA (3) sahaja.
Jawab satu sahaja dari (a)(b) dan (c)
1. Menyatakan kepada Penilal / Pemeriksa sama ada secara lisan atau bertulis dengan bantuan rajah, apakah yang dikatakan "Alam Sekitar".
2. Apakah yang dikatakan"Kitaran Oksigen' (Oxygen Circle).
3. Menyatakan apakah yang dikatakan "Kitaran Air~ (Water Circle).
Isikan dalam Buku Log Peribadi beberapa rajah dan gambar tentang bagaimana cahaya, air, udara dan mineral (galían) tumbuhan dan haiwan menghasilkan makanan untuk kehidupan manusia.
-
Senaraikan nama benda-benda yang ditemui dalam ekspedisi yang dirancangkan seperti benda-benda hidup, haiwan, tumbuhan ke dalam Buku Log Peribadi
Keluar ke satu kawasan tanah lapang bersama rakan sebaya sama ada dalam atau bersama Pengakap Muda dan menerangkan di dalam Buku Log (Kepada Penilai / Pemeriksa) sekurang-kurang 8 jenis binatang yang kamu temui (binatang kehidupan luar) seperti mamalia, repilia, burung / unggas dan moluska.
(Karangan laut seperti kerang,siput, lintah, tiram dan lain-lain).
Keluar mengembara ke satu kawasan bersama rakan sebaya dalam Pek atau Patro! Pengakap Muda dan membuat penyiasatan kehidupan pokok-pokok saka / rendang. Gunakan daun pokok yang disiasat untuk ditampal ke dalam buku log. Tulis maklumatnya.
Menerangkan kejadian hujan serta menunjukkan kepada Pemeriksa satu carta cuaca yang telah disediakan sekurang-kurangnya dalam tempoh masa tidak melebihi dua minggu ; menyatakan dalam Buku Log Peribadi apakah kesan udara terhadap alam di tempat sendiri.
Menerangkan (kepada Pemeriksa) sekurang-kurangnya 6 maklumat yang dipetik dari akhbar / majalah mengenai berita semasa yang menjadi masalah kepada manusia berkaitan dengan pencemaran alam sekitar ini.
Buat buku skrap mengenai SATU daripada perkara berikut :-
Pembuangan bahan sisa kilang
Pembuangan Sampah-sarap
Pembuangan bangkal
Pembuangan atau tumpahan minyak
Nyatakan punca yang menyebabkan pencemaran alam sekitar berkenaan.
Mengambil bahagian dalam SATU aktiviti berikut : -
1. Memberi perkhidmatan sukarela berkenaan pemeliharaan alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi kanak-kanak, kawasan sekolah, kawasan rumah dan masjid / rumah ibadat.
2. Memelihara pokok atau berkebun di kawasan sekitar rumah sendiri atau kawasan sekolah.
3. Menerangkan kepada Pemeriksa aktiviti pemerhatian dan pengecaman dan nyatakan segala maklumat yang ditemui. Catatkan di dalam Buku Log. Dan nyatakan penyesuaian bagi keselamatan tumbuhan.
4. Menyenaraikan di dalam Buku Log tugas berkaitan dengan Pemeliharaan Alam Sekitar yang telah disempurnakan.
Bagi diri sendiri
Bagi Keluarga
Bagi masyarakat
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam mengambil bahagian pelbagai jenis pengembaraan dan mengetahui cara-cara berkhemah.
Pilih LMA (5) sahaja.
1. Menerangkan (kepada Pemeriksa) persediaan yang perlu dibekalkan untuk sehari mengembara dan menjelajah ke kawasan luar bandar atau ke pinggir kampung: membuat peruntukan perbelanjaan, pakaian yang patut dan sesuai, alas kaki, bekalan peribadi, lain-laín alat dan alatan ubatan untuk pertolongan cemas dan makanan.
2. Mengambil bahagian dalam pengembaran jauh. (Pengembaraan Pengakap Kanak-kanak)
3. Menghidupkan api di luar / di tempat lapang dengan menggunakan bahan bakaran yang djumpai dan membuat minuman panas.
4. Merintis jalan ke satu tempat yang jauhnya satu kilometer dengan berpandukan pedoman isyarat sulit pengakap yang dibuat ditulis di atas tanah.
5. Mengetahui cara mengisi barang keperluan ke dalam beg untuk mengembara supaya semua peralatan nampak kemas dan senang dibawa.
6. Mengetahui cara mendirikan khemah ringkas untuk berteduh dan menurunkan khemah ponco dan mengetahui sebelum mendirikan khemah itu, kedudukan arah angin, arah cahaya matahari.
7. Mengetahui undang-undang jalan raya berkaitan dengan kemalangan semasa di jalan raya dan peraturan berjalan kaki.