Pilih DUA SAHAJA
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pekerjaan am seperti menyusun atur peralatan pertukangan, membersihkan alat perkebunan, mencuci pakaian,mengecat dan sebagainya.
Lakukan LIMA (5) bahagian sahaja dari 12 bahagian yang dicadangkan.
1. Mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau skuter dengan tunjuk ajar orang dewasa.
2. Dengan tunjuk ajar orang dewasa membantu orang dewasa menukar tayar basikal.
3 Mengetahui menukar mentol lampu basikalnya, menegangkan rantai.
4. Menunjukan cara bagaimana menggunakan alat pertukangan seperti tukul besi, gergaji, spana, pelayar, pisau, kapak dan bagaimana memelihara alat itu selepas digunakan
5. Membuat satu benda permainan kanak-kanak daripada kayu dengan menggunakan alat pertukangan.
6. Mengetahui cara membersihkan dan memasang sumbu lampu minyak dan sumbu dapur minyak.
7. Menjahit butang pada baju atau pada seluar, atau menjahit lencana Pengakap di baju dengan sempurna,
8. Mencuci rumah termasuk longkang, tandas dan membersihkan sekeliling rumah.
9. Menunjukan bagaimana persediaan untuk persiapan kerja mengecat di permukaan yang tegak dan mengetahui bagaimana mencuci berus cat yang telah digunakan.
10. Mencuci dan menggosok baju dengan setrika.
11. Membersihkan alat perkebunan seperti cangkul tajak, pongkes dan lain-lain selepas digunakan.
12. Menyusun-atur alat pertukangan dan alat perkebunan dalam bilik simpanan istor untuk menjaga keselamatan kanak-kanak.
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak mengakui pengetahuan dan kesungguhan sebagai memberikan perkhidmatan dalam perkara pengurusan rumah seperti menyediakan minuman panas, memasak nasi, menyiapkan hidangan, menyapu sampah, mengemaskan bilik tidur dan sebagainya.
Plih LIMA (5) sahaja.
1. Menyediakan SATU jenis minuman panas seperti seteko kopi, teh, milo dan lain-lain sama ada bersusu atau tidak; menunjukkan cara menghidangkanya kepada tetamu.
2. Menyediakan SATU jenis minuman yang menyegarkan seperti air limau manis, limau nipis atau air nenas, air tembikai, air kelapa dan lain-lain.
3. Menyediakan sup (rebusan) yang tingkas dari bahan makanan segera atau menggoreng telur, merebus telur, bahan makanan segera seperti Burger dan Hotdog.
4. Memasak nasi atau bubur atau nasi goreng untuk hidangan dua orang.
5. Menggoreng ikan / udang / sardin / keledek / pisang / tauhu untuk hidangan dua orang.
6. Membantu menyiapkan hidangan di meja makan, mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga dan lain-lain.
7. Мепуарu, mengibas habuk dan mengemaskan bilik tempat tidur.
8. Mencuci pakaian seragam Pengakap dan pakaian sekolah sendiri serta pakaian peribadi seperti seluar dalam, stokin, kasut dan lain-lain.
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa seperti memulihkan pernafasan CPR,berenang. Memadam kebakaran dan meminta pertolongan pihak BOMBA DAN PENYELAMAT, POLIS dan JPAM.
Pemegang Lencana Ahli Renang.
1. Menunjukkan cara terjun ke air dengan cara luncur meniarap dan tendang keribas (bantuan tenaga Pengajar diperlukan semasa tunjuk cara ini dan berenang Sejauh sekurang-kurangnya 50 meter).
2. Menunjukan cara berenang gaya tangan di atas kepala, rangkaían meniarap, kual dada di dalam air.
3. Menunjukan cara membantu orang lemas dalam air dengan cara:
a) Memegang rambut si malang dari belakang:
Mengangkat kepala si malang dari belakang
Memegang baju si malang :
Menyelamat menggunakan tali :
Melontar tali, kayu pendayung dan sebarang kayu.
Menunjukkan cara memulihkan pernafasan (CPR) dari mulut ke mulut.
Mengetahui cara menyelamat diri bila berlaku kebocoran paip tangki yang beracun, memahami cara meminta pertolongan dan bantuan daripada pihak yang sewajarnya.
Memahami / mengetahui cara menyelamat dari api : Memahami isyarat kebakaran di bangunan besar dan cara memecahkan kaca pengera kebakaran.
Menunjukan cara menyelamat diri dalam kebakaran.
Lencana ini diber kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas seperti memberhentikan pendarahan, membalut luka, menjaga peti pertolongan cemas dan membuat anduh
1. Mengetahui isi kandungan dan mengetahui menggunakan serta menjaga peti pertolongan cemas.
2. Mengetahui keupayaan memberi pertolongan cemas dan mengetahui mustahaknya mendapatkan bantuan atau pertolongan dari orang dewasa yang beГpengalaman.
3. Mengetahui cara bertindak member rawatan sementara kepada mangsa kemalangan yang dalam keadaan terkejut (shock). Terangkan kepada Pemeriksa l Penilai sekurang-kurangnya cara yang diperlukan.
4. Menunjukan bagaimana memberhentikan darah keluar dari hidung.
5. Mengetahui sekurang-kürangnya 5" tempat nadi terpenting dan tahu cara menahan darah yang keluar daripada badan pesakiL. Sebagai perawat sementara. Pengakap Kanak-капак hendaklah menunjukkan cara penahan darah keluar dari bahagian arten paha, lengan, selangka, leher, muka, pelapis, belakang dan kepala.
6. Mengetahui bagaimana mencuci dan membalut luka dan mengetahui menggunakan jenis pembalutan termasuk pembalut tiga segi dan membuat anduh.
7. Menunjukan cara merawat pesakit (dalam) hal memberi kerehatan, keselesaan keriangan.
8. Mengetahui cara memadamkan pakaian yang terbakar dan merawat secara kecemasan kulit yang terbakar atau melecur.
9. Mengetahui cara mengubati gigitan dan sengatan serangga selain dari gigitan ular, jengking dan semburan beracun.
10. Mengetahui cara menolong orang pengsan / pitam selain dari terkena kejutan elektrik.
11. Mengetahui cara membuat panggilan kecemasan kepada Pemeriksa / Penilai seperti memanggil Polis, Bomba dan Ambulan dengan jelas dan betul serta mengetahui tindakan yang perlu diambil apabila menemui kemalangan aau lain-lain kecemasan pelangaran kenderaan yang menyebabkan kemalangan.