- Menyanyi 2 buah lagu patriotik.
- Mengenal Jata Negara dan lambang negeri masing-masing.
- Mengetahui nama dan mengenali tokoh tempatan.
- Mengetahui nama penuh dan mengenali Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
- Mengamalkan ajaran agama masing-masing.
(B) Kesihatan dan Keselamatan
- Mengetahui sekurang-kurangnya 5 peraturan hidup sihat dan bahagia.
- Mengetahui bagaimana mengatasi sakit selsema dan menjauhkannya.
- Mengetahui maksud pertolongan cemas dan cara mendapatkan bantuan kecemasan.
- Mengetahui cara membuat anduh; (kepala, tangan, tapak tangan, lutut, dan kaki).
- Menghasilkan sebuah buku skrap dari media surat khabar, majalah atau internet yang ada mesej; Anti Dadah, ATAU Bahaya Merokok, ATAU Keracunan Makanan.
(C) Kecekapan
- Mengukuhkan latihan asas perbarisan Lencana Keris Gangsa dan Perak dan seterusnya mengetahui perintah “Langkah ke sebelah”, “Cepat jalan”, dan “Hormat”.
- Mengukuhkan latihan asas ala Komando seperti merangkak, merangkak di bawah jaring/jala, bergayut pada tali, meniti kayu dan bergayut, gayut monyet.
- Mengukuhkan kemahiran ikatan : Buku Sila (Keris Gangsa), Bunga Geti dan Simpul Sentak (Keris Perak). Mengetahui cara mengikat simpulan Tindih Kasih, Simpul Manok, dan Lilit Dua Simpul serta kegunaannya.
- Demonstrasi mendirikan dan menurunkan khemah serta melipatnya dalam sekawan.
(D) Penyertaan
- Menyatakan 5 jenis pokok hutan dan kegunaannya kepada manusia.
- Membuat SATU daripada perkara-perkara di bawah, mengikut pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri : 2.1) Sebuah kotak tempat menyimpan alat-alat pertolongan cemas atau sebuah kotak untuk surat-surat atau sebuah kotak untuk menabung wang. Semuanya dibuat daripada bahan terbuang. ATAU 2.2) Membuat patung sarung jari puppet / patung puppet bertali yang boleh digerak-gerakkan dan membuat panggung puppet. ATAU 2.3 Membuat layang-layang yang boleh dinaikkan di udara ATAU 2.4) Mengetahui membaiki sekurang-kurangnya satu jenis permainan kanak-kanak yang menggunakan bateri.
- Menyanyi sekurang-kurangnya 2 buah lagu Pengakap Malaysia.
(E) Perkhidmatan
- Bersama sekawan / pek membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah ibadah / tempat awam.
- Membantu pemimpin untuk persiapan Pek Bercuti / perkhemahan.
- Melukis peta lakar kawasan tempat tinggal sendiri.