Lencana Perkhidmatan


Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran, kecekapan dalam pertolongan cemas, kebombaan, penyelaat nyawa dengan memperlihatkan darjah tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan-perkidmatan yang berkaitan tentangnya.

1) MENYELAMATKAN NYAWA

Lulus dan mempunyai SATU sijil mana-mana satu kemahiran perkhidmatan yang berikut.

a. Pertolongan Cemas 

    Sijil Peringkat Asas yang dikendalikan oleh Pegawai perubatan bertauliah atau St John Ambulan atau Bulan Sabit Merah atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia atau yang setaraf dengannya.

b. Pemadam Api

    Sijil Asas Kebombaan yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

c. Penyelamat Nyawa

    Penyelamat Nyawa atau 'Bronze Medallion' daripada Persekutuan Penyelamat Nyawa atau badan-badan lain yang diiktiraf seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. (JPAM)

2) PERKHIDMATAN MASYARAKAT

    Membuat kerja amal yang diakui kepada masyarakat berjumlah selama 24 jam dalam tempoh 9 hingga 12 bulan; umpamanya menolong dalam Perkhemahan Daerah, Negeri atau Kebangsaan, banjir , bencana alam, di rumah ibadat, rumah kebajikan, khidmat tergempa bila-bila berlaku kebakaran, menuai padi, dan mengambil bahagian dalam projek yang dianjurkan oleh pihak berkenaan (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung : JKKK) atau seumpamanya.