Lencana Usaha

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan kegemaran luar seperti berkhemah, memasak, mengembara, kecergasan jasmani, kemahiran pengakap dan perkhidmatan. 

Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang pengakap mestilah mendapatkan Lencana Keahlian terdahulu atau melalui Istiadat Meningkat Naik. 

Untuk lulus Lencana Usaha seseorang pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : - 

A) CITA-CITA PENGAKAP

  1. Bendera Malaysia dan bendera negeri masing-masing
  2. Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing
  3. Menaikkan bendera
  4. Nama orang-orang kenamaan - Nama Penuh DYMM Sultan / Raja, TYT Yang Dipertua Negeri, Menteri Besar dan Ketua Menteri
  5. Persetiaan pengakap & Undang-undang pengakap

B) KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI

  1. Asas perbarisan
  2. Kawat tongkat
  3. Isyarat-isyarat tangan pengakap
  4. Halangan komando
  5. Melipat dan mengibarkan bendera

C) KEMAHIRAN BERPENGAKAP

  1. Menjaga dan menyimpan pisau serta parang
  2. Simpula & ikatan : - Simpul Himpit (Fisherman's Knot), Simpul Pulih (Sheep Shank Knot)Bunga Geti Ganda (Double Sheet Bend), Lilit Balak (Timber Hitch),  Lilit Taut-line (Taut Line Hitch), Ikat Seraya (Square Lashing) dan Ikat Serong (Diagonal Lashing)
  3. Undang-undang lalulintas jalanraya
  4. Memilih tapak perkhemahan
  5. Keperluan peribadi untuk berkhemah
  6. Alatan pertolongan cemas peribadi
  7. Menghidupkan api
  8. Berkhemah sekurang-kurangnya 1 malam
  9. Arah mata angin dan mengenali peta topo
  10. Isyarat sulit pengakap
  11. Mengembara 8 km. Berjalan kaki dalam patrolnya. Membuat laporan bertulis dalam buku log.

D) KECENDERUNGAN DAN MINAT

  1. Kraftangan
  2. Plaster cast
  3. Rekod 12 orang sahabat pena

E) PERKHIDMATAN

  1. Balutan anduhMelipat kain anduh dan Anduh tangan dan kaki
  2. Tindakan kecemasan
  3. Memandu orang

Cara pemakaian Lencana Usaha