Skim latihan kepimpinan manikayu adalah khusus untuk melatih bakal pemimpin dan orang awam yang mempunyai minat dalam bidang kepengakapan. Individu yang terlatih dan melengkapkan skim latihan ini akan dianugerahkan kalungan Manik Kayu (Wood Badge) sebagai pengiktirafan telah melengkapkan latihan sebagai pemimpin.
Untuk melengkapkan seseorang pemimpin dengan ilmu kepengakapan, individu berkenaan perlu menghadiri satu siri kursus yang lengkap seperti berikut :
Peringkat pengenalan - Taklimat / penerangan 8 jam (7 SIDANG)
Peringkat 1 - Perkhemahan 3 hari 2 malam (13 SIDANG)
Peringkat 2 - Latihan dalam perkhidmatan di dalam kumpulan
[Borang REKOD LATIHAN SAMBIL BERKHIDMAT]
Peringkat 3/1 - Perkhemahan 3 hari 2 malam
Peringkat 3/2 - Perkhemahan 3 hari 2 malam - Unit PKK
- Perkhemahan 4 hari 3 malam - Unit PM, PR, dan PK
Penilaian selama 4 bulan.
Melengkapkan borang-borang berkaitan.
Setelah lengkap semua proses di atas, peserta perlu mengemukakan bukti semua dokumen untuk mohon dianugerahkan manikayu unit. Setelah diluluskan oleh Pesuruhjaya Latihan Negara, manik kayu 2 butir (2 bead) akan dianugerah kepada individu sebagai pengiktirafan tamat latihan asas sebagai pemimpin.
RUMUSAN